Rizq Islamic School (RIS) Lebar Sayap Ke Negara Jiran

Baru berusia tiga tahun, Rizq Islamic School (RIS), Kajang sudah menempa nama di Indonesia.

Ini terbukti menerusi keunikan dan kualiti kaedah pembelajarannya yang terkehadapan berbanding sekolah lain yang menjadikan sekolah tahfiz persendirian ini suatu yang istimewa pada pelajar mereka.

9AB943FA-B523-4F08-8905-59E47440A445

Baru-baru ini, RIS mengadakan lawatan kerja ke Jakarta selama enam hari sebagai memenuhi undangan daripada Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) dan beberapa sekolah di bawah Yayasan Muhammadiyah.

Tujuan lawatan tersebut adalah mahu berkongsi kisah kejayaan RIS dan juga
sistem pendidikan yang dipraktikkan iaitu konsep belajar sambil bermain atau ‘Play Based Learning’ dan sistem pendidikan tahfiz moden.

F43D2901-2260-4F67-B27B-F5CE605D03F0

Delegasi RIS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif RIZQ Educare, Dr. Rizq Muhammad Syazwan Mohd Rosmin yang menyampaikan ucapan inspirasi kepada audiens yang terdiri daripada barisan pendidik dan pelajar.

Ujar beliau, undangan daripada UHAMKA dan sekolah Muhammadiyah disambut dengan hati terbuka sejajar dengan aspirasi RIS sebagai Sekolah Inspirasi yang sentiasa komited untuk memberikan inspirasi kepada semua pencebur dalam dunia pendidikan dalam mencipta masa depan yang lebih baik buat generasi akan datang.

4713C240-5516-4333-8B7A-3FE4F9CD76C8

Dr. Rizq juga berharap agar keberkesanan konsep pembelajaran sambil bermain dan pendidikan tahfiz moden telah terbukti di RIS di mana pelajar keseluruhannya begitu gembira dengan sesi persekolahan dan juga berupaya meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan diri pelajar secara holistik.

Jelasnya, lawatan ke sekolah lain adalah platform terbaik untuk memberikan tips yang bermanfaat dalam mengaplikasikan konsep pembelajaran yang sama mengikut acuan dan persekitaran sekolah.

BA680DE7-75C9-4765-A9EF-1FD3C1518734

Ketika di Seminar Antar Bangsa di Fakulti Kegurusan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) UHAMKA, Dr. Rizq juga menyampaikan ucapan bertajuk ‘Memodenkan Pendidikan’ di mana pendidik dan pelajar ditayangkan dengan video contoh pembelajaran sambil bermain yang diaplikasikan di RIS sebagai panduan.

8F423059-4253-4710-A945-723ABC1F90A0

Jelas Dr. Rizq lagi, pemodenan pendidikan adalah satu proses transformasi daripada kaedah tradisional kepada penggunaan teknologi dan kaedah yang inovatif.

“Transformasi ini memerlukan proses ‘re-engineering’ iaitu penginovasian dari segi pemikiran dan penstrukturan proses akademik termasuklah dari segi kualiti, kurikulum, kaedah pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat untuk mempertingkatkan keberkesanan konsep pembelajaran,” katanya.

234EB720-01FE-4167-ADC9-7178EA998F86

Tambahnya, RIS melakukan proses pemodenan pendidikan sejak penubuhannya 2 tahun lalu dengan sentiasa komited untuk melakukan revolusi dan transformasi pendekatan lama ke arah pendidikan berasaskan inovasi, digital dan teknologi.

Dari aspek akademi inovasi yang dilakukan oleh RIS adalah pendekatan ‘Play Based Learning’ yang dinspirasikan daripada sistem pendidikan terbaik dunia, Finland.

2DC7F6EC-A908-4ACC-BF9D-C0261B1776C3

Menerusi konsep ini, kurikulum dan pedagogi menerapkan elemen ini yang terbukti lebih relevan dengan sifat kanak-kanak yang suka bermain dan membantu meningkatkan pemahaman pada tahap optimum di kalangan kanak-kanak.

Selain itu, RIS juga mengamalkan konsep ‘Celik IT’ iaitu mendedahkan pelajar dengan penggunaan teknologi.

C4257A78-5344-46E3-ADAB-70284681E67E

Bukan sahaja menggunakan kelengkapan teknologi seperti Ipad di kelas, pelajar juga boleh mengikut pembelajaran virtual menerusi sistem yang dibangunkan iaitu Rizq Virtual School.

Elemen ketiga yang menjadi teras pendidikan di RIS adalah ‘Modern Islamic’ iaitu memodenkan kaedah pembelajaran subjek agama dan hafazan dengan cara yang kreatif serta penggunaan diaplikasikan.

1DCF7DDD-0846-4BF9-93CF-F8460BE6C6B4 213DB5D7-CD44-4005-AD49-3C9663869F9B 89E7DB5B-8727-495F-95FF-FDF2275E8D06
– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*