Jom Calon Guru Anda Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Jasa guru pada pelajar sangat besar.

Justeru,McDonald’s Malaysia terus memberi pengiktirafan kepada guru dengan menganjurkan anugerah tahunan iaitu  Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s.

Atas sambutan dan maklum balas yang  cukup memberangsangkan pada tahun lalu, acara ini dianjurkan sekali ini buat tahun ketiga.

Sehubungan dengan itu, McDonald’s mengajak orang ramai untuk mencalonkan guru-guru mereka mulai hari ini.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

2433C6D3-278C-4AAD-B298-A4F8B255C7A9

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah menerima 3,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu manakala 1,000 pencalonan pada tahun sebelumnya.

Dari 3,000 pencalonan pada tahun lalu, 25 orang guru telah menerima anugerah ini dengan kisah-kisah inspirasi mereka dalam mendidik anak bangsa.

Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei tahun ini, McDonald’s berharap dapat menerima lebih banyak pencalonan agar terus memberi inspirasi kepada warga pendidik, ibu bapa dan juga pelajar.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata McDonald’s komited untuk mendekati dan menyumbang semula kepada masyarakat.

“Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif yang menunjukkan komitmen kami dalam mewujudkan impak positif dalam komuniti.

“Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dilaksanakan secara khusus untuk warga pendidik yang penuh dedikasi dalam mendidik generasi muda dan pada masa sama membina asas yang kukuh untuk negara yang maju dimasa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

D6DCFD92-E46D-4FEE-813D-5694AEDD43C7

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 menyatakan anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru malah komitmen dedikasi yang ditunjukkan dalam memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran dalam kelas.

“Guru merupakan tulang belakang sistem pendidikan negara dan guru yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki mereka wajar menerima pengiktirafan istimewa kerana dedikasi sebeginilah mampu membentuk minda dan jati diri pelajar seterusnya membina asas kepribadian diri yang kukuh dalam seorang pelajar.

“Saya berharap Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s mampu memberi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar kelas.

“Saya berharap sebagai anggota masyarakat, kita dapat terus menghargai jasa yang ditaburkan oleh guru dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada para pelajar yang merupakan peneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.

Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar hadiah bernilai RM200.

67CCA038-10C7-4246-8291-D1A5922EAFF1

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuk usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.

Pemilihan pemenang dibuat dengan teliti oleh panel juri terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.

“Rakyat Malaysia secara kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu.

“Saya berharap semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini,” kata Azmir.

“Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh berbuat demikian mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019 di www.mcdonalds.com.my.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh negara.

Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Sambutan Hari Guru juga akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk  permainan, sesi bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru dalam mendidik generasi hadapan.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*