Tiada Tajuk Cetus Fenomena Baru Strategi Filem Melayu

Mawi akhirnya mengotakan janji.

Pada 1 Mac lalu, selebriti popular ini mengumumkan tajuk filem pertamanya yang menjadi tanda tanya ramai adalah Tiada Tajuk.

Mungkin ada yang masih keliru mengapa Mawi memilih tajuk sedemikian. Rupanya penyampai radio Zayan ini mempunyai strategi sendiri dalam memasarkan filem genre komedi Islamik ini.

 

366C1F68-5630-4604-B1E7-E1175DAE8A37

Mawi bukan saja berkongsi hari bersejarah pelancaran filem pertamanya bersama peminat dan orang ramai di hadapan pintu masuk pusat membeli belah terkenal, Sogo, Kuala Lumpur tapi menariknya, dia memberi peluang pada penonton menang hadiah istimewa sambil menonton filemnya.

6FE2856E-1527-4DF7-8A00-0F2B8973ABD1

Bayangkan hanya sekeping tiket wayang yang dibeli untuk menonton filem Tiada Tajuk, penonton berpeluang menang hadiah berupa kereta Perodua Bezza bernilai lebih RM30,000.

E35A95D0-5D3D-4A50-8548-4D62029F93A7

Selain kereta, filem ini juga menawarkan hadiah motosikal Yamaha Y15 dan pakej percutian untuk 2 orang ke Australia dan paling istimewa ke Tanah Suci berupa pakej umrah menanti pemenang bertuah.

Cara untuk turut serta cukup mudah hanya tonton filem ini sebelum memuat naik aplikasi Mawi World di App Store atau Google Playstore untuk masuk peraduan.

 

3C7104C3-A4C6-461D-A00A-D662C1EE72EB

Sungguhpun hasrat Mawi sebagai pengarah filem untuk menyiapkan karya pertamanya ini terlaksana tapi dia masih berdebar menantikan tayangan pada 4 April nanti.

Biarpun filem ini Tiada Tajuk sebaliknya Mawi berjaya mencetus fenomena baru dalam senario perfileman tanah air dengan memberi peluang pada peminat berikan tajuk sesuai pada filemnya.

Sepertimana kata Mawi, setahun dia menyimpan rahsia tajuk filemnya ini dan kali ini segalanya terungkai.

Mawi juga berharap agar penonton datang ke pawagam tonton filem Tiada Tajuk sebelum memberi komen atau bertindak mahu mengecamnya. Barulah adil bukan?

6B05F02E-0153-4F03-BB1A-8EAD8FF3E5D1

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*