Peluang Tulis Cerita Hantu Atau Thriller Dapat RM20,000

Siapa minat cerita seram atau thriller?

Jika anda minat genre cerita sedemikian dan mempunyai minat untuk menulis skrip apa kata cuba nasib sertai satu pertandingan skrip.

Habuan menanti anda adalah hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan menariknya, skrip tersebut akan diterbitkan menjadi sebuah filem!

Berikut adalah beberapa maklumat penting dan syarat-syarat pertandingan yang dinyatakan penganjur iaitu Kuman Pictures:

1B52A74D-4C1F-4611-8CB2-A913C1490892

PERTANDINGAN SKRIP UNTUK FILEM SERAM/THRILLER BIAYA RENDAH

Anjuran Kuman Pictures & Feisk Productions

1. Kami mencari skrip filem ori yang bertempat di Malaysia untuk filem seram atau thriller yang berskala kecil.

2. Penulis dialu-alukan tanpa mengira umur, kewarganegaraan atau pengalaman. Namun kami tak menerima mereka yang anggap “skrip filem” dan “lakonlayar” itu dua benda yang berbeza.

3. Skrip perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. Tapi dialog dalam filem yang dihasilkan adalah dalam mana-mana bahasa yang cocok dengan watak-watak berkenaan (contohnya bahasa Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Inggeris Bangsar, dan sebagainya).

4. Jumlah mukasurat: 60-90. Harus ikut format lakonlayar yang betul seperti FinalDraft. Kalau nak belajar format, rujuk Lebai Google.

5. Cerita dalam genre seram atau thriller sahaja. Tak semua filem seram perlu hantu, dan tak semua filem thriller perlu aksi drift.

6. Saranan: tak lebih 10 watak, dan tak lebih 3 lokasi utama. Sila rujuk filem seram/thriller skala kecil seperti SINISTER, THE DESCENT, SERU, GONJIAM HAUNTED ASYLUM dan TWO SISTERS (di pawagam Malaysia mulai 18 April 2019).

7. Hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah RM20,000 dan royalti 1% daripada pendapatan filem ini dalam semua saluran (pawagam, TV, dsb).

8. Pemenang akan diumum pada Oktober 2019. Kami bertekad untuk membuat penggambaran filem ini pada separuh pertama 2020.

9. Hakcipta setiap skrip yang dihantar tetap dengan penulisnya.

10. Jangan pandang belakang.

Sila emel lakonlayar dan sinopsis 1 mukasurat, ke kumanpictures@gmail.com sebelum 31 Ogos 2019.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*