Tiada Lagi Bunyi Beep! Senyap Je… MyRFID
1 min read
Memang kehidupan manusia semakin maju bersama teknologi.
Terbaru, teknologi bayaran tol tanpa sentuh dikenali sebagai MyRFiD diperkenalkan kepada pengguna lebuh raya.
Apa yang menariknya teknologi baru ini adalah ia lebih hebat daripada Smart Tag sebab tak perlu lagi guna alat sebegitu untuk melepasi palang tol.
Rupanya ia hanya menggunakan sekeping pelekat saja yang dilekatkan di cermin mampu berfungsi sehebat Smart Tag.
Memang bunyi macam pelik. Bagaimana sekeping pelekat boleh dikesan sistem bayaran tol secara ‘cashless’ apatah lagi ketika kenderaan yang sedang bergerak?
Kafebuzz sendiri sudah mencuba teknologi baru ini dan nyata ia memang berfungsi dengan baik dan lancar!
Buat masa ini, MyRFiD ini tidak dijual pada pengguna tapi diberikan secara percuma!
Nak tau caranya? (Baca lagi: Bye Smart Tag! Hello RFiD).
Kalau nak tengok baki atau ‘top up’ jangan bimbang sebab boleh guna kad debit menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Playstore.
Selamat mencuba!
– Kafebuzz.my