Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

Mawi Bakal Cipta Fenomena 1 Mac, Mungkinkah Ulangi Sejarah Sudirman!

Satu lagi sejarah perfileman tanah air bakal dicipta pada 1 Mac ini.

Filem belum ada tajuk arahan pertama Mawi mencipta fenomena baru pada senario filem tempatan apabila akan melancarkan filemnya itu bersama khalayak di tepi jalan raya!

Memang dianggap pelik tapi itulah impian anak jati Felda Taib Andak ini selepas mengambil keputusan mahu berkongsi keterujaannya terhadap buah tangan sulungnya itu bersama rakyat Malaysia.

Bukan calang-calang artis mahupun produser filem yang sanggup mengambil pendekatan berani tersebut apatah lagi segelintir produser mungkin beranggapan pelancaran filem di tepi jalan tiada kelas!

Menariknya, penyampai radio Zayan ini membuat acara pelancaran filemnya itu di perkarangan hadapan pintu masuk pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

filemtiadatajuk12

Ujarnya, dia mahu orang ramai khusus peminat tidak melepaskan peluang bersamanya untuk melancarkan filem genre komedi Islamik itu secara rasmi pada tarikh keramat itu.

Malah, Mawi menyatakan dia akan menayangkan trailer filem itu dan mengumumkan apakah tajuk filemnya yang menjadi bualan hangat netizen di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Peminat juga berpeluang menang hadiah istimewa daripada saya pada acara tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke sana nanti,” katannya kepada Kafebuzz.

Filem ini yang menampilkan Joey Daud, Hazama dan Along Cham sebagai pelakon utama menerima pelbagai kritikan netizen apabila tajuk sehingga kini masih belum diumumkan.

filemtiadatajuk10

Lebih mengejutkan selepas filem ini juga menampilkan watak yang mempunyai isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). (Baca lagi: Filem Mawi Ada LGBT, Lepas atau tidak?)

Mawi sebelum ini berkongsi kegembiraan selepas filemnya lulus untuk tayangan pada 4 April 2019. (Baca lagi: [Eksklusif] Filem Mawi Lulus Untuk Tayangan).

filemtiadatajuk8

Jika penghibur terkenal, Datuk Sudirman Haji Arshad pernah mencipta fenomena di Jalan Chow Kit suatu ketika dulu, apakah suasana sama dapat dirasai peminat filem tanah air kali ini terhadap filem Mawi?

Mungkinkah Mawi mengulangi sejarah sepertimana yang pernah dilalui Sudirman pada masa itu.

Sudah tentu aura Raja SMS ini bukan mahu menandingi kehebatan Sudirman tapi kesudian Mawi mahu menghargai sokongan peminat terhadapnya sambil meraikan filem Melayu suatu yang patut diraikan semua pihak.

Syabas Mawi!

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino