Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Makan Unicornetto, Melancong Ke Pulau Unicorn!

Rasanya sangat sedap seolah menaiki kuda unicorn.

Memang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila menikmati aiskrim perisa terbaru, Unicornetto.

Bagaikan membuka lembaran baru tahun 2019 yang cukup sempurna, Cornetto memperkenalkan gula kapas pertama bersama aiskrim perisa marshmallow pada Februari ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga yang memasarkan perisa ekslusif itu secara global.

EF0AAC94-BBD6-40DC-98C9-007EC6AD600B

Pengarah Pemasaran Kategori Makanan dan ‘Refreshment’, Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, pandangan pengguna sentiasa diambil kira sebagai inspirasi untuk mencipta perisa terbaru.

”Apa saja daripada peminat dikongsi secara online dan ‘tag’ pada kami, kami ambil maklum perkara tersebut. Kehendak mereka dan maklum balas sentiasa diambil apabila jenama memulakan idea inovasi aiskrim seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya, produk kali ini dipaket dengan holografik di mana Unicornetto menampilkan sos strawberi, gula kapas lembut dan aiskrim perisa marshmallow yang melazatkan.

3E2756B0-F663-4425-B559-ED1FD5EFB215

Bagi memeriahkan pelancaran Unicornetto ini, Cornetto turut menganjurkan peraduan di Instagram.

Caranya mudah, peminat hanya perlu memuat naik foto bersama Unicornetto bersama kapsyen yang kreatif dengan hashtag #MYUnicornetto mengikut tema pada setiap minggu.

Hadiah menarik menanti pemenang iaitu percutian untuk dua orang ditanggung sepenuhnya ke Pulau Unicorn di Filipina. Peraduan berakhir 28 April 2019.

Aiskrim Unicornetto dijual pada harga RM3 dan boleh dibeli di seluruh negara.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino