Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Siapa Rindu Lagu Jiwang Zaman 80-an, 90-an, Oja ‘Belanja’!

Siapa boleh lupa lagu zaman rock kapak atau jiwang karat?

Peminat yang ‘bernyawa’ pada zaman 80-an dan 90-an pastinya layan lagu-lagu melankolik pada zaman tersebut.

Siapa masih ingat lagu popular seperti Sejati nyanyian kumpulan Wings mahupun Pawana (Search).

Bagaimana pula lagu jiwang seperti Janji Manismu (Aishah), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Nur Kasih (Slam), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Sampai Hati (Spring), Luka Seribu Rindu (Fotograf), Ibukota Cinta (Def Gab C), Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra) dan juga Mahligai Syahdu (Hattan)?

Memang best bukan?

Istimewa buat peminat lagu jiwang, penyanyi yang juga pemuzik terkenal, Oja berkongsi videonya memainkan 22 lagu popular Melayu menerusi petikan gitar solonya.

Kali ini, Oja menggunakan peralatan audio tercanggih, Orange Rocker 32 Stereo Tube Amplifier.

Video aksi Oja ini berjudul GITAR SOLO LAGU-LAGU MELAYU POPULAR – Featuring Oja using Orange Rocker 32 Stereo Tube Amplifier boleh ditonton menerusi YouTube, Music Bliss Malaysia yang dimuat naik sejak 7 Februari lalu.

Memang layan habis petikan gitar Oja walaupun tanpa vokal tapi ia tetap membuai perasaan pendengar.

Tak percaya dengar sendiri!

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino