Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

Ini Sebabnya P Ramlee Tinggalkan Shaw Brothers…

Buat filem dalam masa 3 bulan cukup ke masa?

Zaman sekarang, jawapan pada soalan sebegitu tiada masalah pada segelintir pengarah tapi tidak bagi Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee!

Sebab apa, P Ramlee mempunyai prinsipnya sendiri iaitu beliau lebih mementingkan mutu filem itu sendiri dibandingkan tawaran wang ringgit yang diberikan padanya untuk menyiapkan setiap projek filem baru.

Kisah P Ramlee itu dikongsi dalam satu laporan Utusan Malaysia yang menjelaskan mengapa beliau berhenti dari produksi Shaw Brothers pada masa itu.

“Masalah saya dengan syarikat Shaw bukan masalah wang, masalah saya ialah masalah mutu filem. Saya lebih mementingkan mutu persembahan, kalau saya fikirkan masalah wang, saya boleh menghasilkan 10 buah filem dalam setahun.

“Masalah saya ialah mas­alah seni yang bertakhta di hati. Kalau hati rosak, rosaklah seni seperti lagu dengan irama, kalau rosak lagu, pincanglah irama…” katanya.


View this post on Instagram

#LensaIndustri #RetrospektifSinema Kredit: Utusan Online Semasa diwawancara oleh Utusan Melayu, P. Ramlee menjelaskan: “Pemberhentian saya daripada Shaw bukan ber­erti saya mengundurkan diri daripada dunia perfileman. Saya sekarang menjadi pengarah bebas,” ujar Seniman Agung itu. Semasa menjawab soalan wartawan Utusan Melayu mengenai masalah yang dihadapi dengan Shaw Bro­thers, P. Ramlee menerangkan: “Masalah saya dengan syarikat Shaw bukan masalah wang, masalah saya ialah masalah mutu filem. Saya lebih mementingkan mutu persembahan, kalau saya fikirkan masalah wang, saya boleh menghasilkan 10 buah filem dalam setahun. “Masalah saya ialah mas­alah seni yang bertakhta di hati. Kalau hati rosak, rosaklah seni seperti lagu dengan irama, kalau rosak lagu, pincanglah irama…” ujar P. Ramlee. Me­nurut laporan Utusan Melayu lagi, punca sebenar masalah yang dihadapi P. Ramlee sehingga beliau merajuk dan meninggalkan Shaw Brothers ada kaitan dengan polisi baharu syarikat perfileman itu yang mewajibkan setiap filem arahannya disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Sekiranya filem itu lewat seminggu dari tempoh tersebut pihak Shaw akan memotong pembayaran kepadanya sebanyak S$1,000. Jika lewat dua minggu akan dipotong S$1,000 lagi menjadi S$2,000 dan pemotongan bayaran akan dilakukan apabila berlaku lagi kelewatan. Syarat-syarat yang menekan kebebasan P. Ramlee berkarya itulah yang menyebabkan Se­niman Agung itu ‘merajuk’ lalu memutuskan untuk berhenti mengarah dan berlakon setelah beliau berkhidmat selama 16 tahun dengan Shaw Brothers (1948 -1964). Azizah lagu terakhir 
di­nyanyikan P. Ramlee Pada malam itu, 28 Mei 1973, kira-kira pukul 8 malam, P. Ramlee menyanyikan lagu gubahannya yang pertama ‘Azizah’ untuk diperdengarkan kepada Osman Abadi menerusi telefon. Ketika itu Osman sedang menyiapkan skrip filem Azizah yang akan di­arahkan oleh P. Ramlee. Osman memberitahu, skripnya sudah siap tetapi dialognya belum ada lagi. http://m.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/p-ramlee-padamnya-sebuah-pelita-1.837897

A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia) on

Nyata, P Ramlee bukanlah anak seni yang boleh diberi arahan untuk mengikut telunjuk mana-mana produser untuk menghasilkan filem.

Tapi, persoalan sama jika ditanya pada pengarah zaman kini, apakah mereka juga sependapat dengan P Ramlee atau tidak peduli bab kualiti filem asalkan ‘soru tak miss’.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino