Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

[Eksklusif]: Mawi Sudah Dapat Tarikh Tayangan Filem Tiada Tajuk!

Berita gembira buat peminat Mawi mahupun penonton filem tempatan.

Filem belum ada tajuk yang menjadi buah tangan pertama Mawi di layar perak akhirnya sudah mendapat jawapan daripada Skim Wajib Tayang apabila ia akan ditayangkan pada 4 April depan.

Mawi memberitahu secara eksklusif kepada Kafebuzz, filem genre komedi Islamik itu juga berjaya mendapat tayangan di 77 pawagam!

“Saya bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah apabila Skim Wajib Tayang percaya dengan filem saya.

“Dapat 77 pawagam bukan senang. Kadang-kadang terdengar ada filem lain yang dapat 30 pawagam pun ada tapi apapun saya sangat bersyukur,” katanya yang mendapat berita gembira tersebut pagi tadi.

filemtiadatajuk5

Akuinya, jumlah pawagam yang banyak secara tidak langsung menunjukkan filemnya ini boleh diterima pihak pawagam sendiri.

“Insha Allah sebab Skim Wajib Tayang dan pihak pawagam sendiri ada keyakinan terhadap filem saya ini. Nampak maklum balas pihak pawagam, mereka berminat dengan filem ini.

“Bagaimanapun, saya berharap penonton yang datang tengok juga suka dengan filem ini. Penonton kena datang tonton sambil memberi sokongan pada filem tempatan dan saya serahkan pada penonton untuk menilai filem ini nanti,” katanya.

filemtiadatajuk7

Dalam pada itu, Mawi juga mengakui jumlah pawagam banyak memberi kelebihan padanya untuk mendapat pulangan lebih baik pada filemnya nanti.

“Mungkin ada sebab apabila filem itu dapat banyak tempat untuk ditayangkan, jadi orang yang nak pergi menonton itu banyak pilihan.

“Kalau sikit tayangan, ada orang yang nak pergi tengok filem ini tapi di pawagam itu tiada. Sebaliknya, jika banyak tayangan di pawagam, ia ada peluang untuk mendapat pulangan lebih baik, Insha Allah,” katanya.

filemtiadatajuk6

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino