Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Komen Pedas Murali Abdullah – Lakonan Pelakon Muda Seperti Program Animal Planet!

Sudah lama penonton tidak menyaksikan karya Murali Abdullah di TV.

Sejak pengarah berpengalaman itu berehat seketika akibat masalah kesihatan, drama Melayu kita juga seakan berehat daripada mencari kualiti yang sebenar.

Jika zaman dulu seperti 90-an, penonton kita masih mampu berbangga dengan kualiti drama tempatan meskipun drama  Melayu jam 7 malam ada aksi kungfu dalam babak bersilat tapi nampaknya drama kita pada hari ini umpama tangkap muat atau syok sendiri.

Ia bukanlah tuduhan pada semua drama sama ada telefilem atau drama bersiri. Ada juga yang bagus tapi banyak juga yang teruk!

Pandangan sedemikian juga dikongsi Murali yang mengkritik bab lakonan seperti pelakon wanita yang suka menjerit, antagonis bercakap sendirian dan solekan pelakon macam nak pergi kenduri kahwin.

Apa yang lebih pedih untuk ditelan pelakon berkenaan dan stesen TV adalah dia menonton drama Melayu yang dibintangi pelakon muda seperti program Animal Planet!

Fuh.. memang pedas sindiran sebegitu apatah lagi ia adalah pandangan orang lama dalam industri hiburan.

CE6874A9-72E7-484C-A77F-3E7EE0BDE641

Hakikatnya, stesen TV kejar rating tak kisah pelakon baru yang tak boleh berlakon. Pelakon pula sudah tentu ambil saja ‘job’ yang datang jika tidak, ‘soru’ miss.

Harap-harap komen Murali dapat dijadikan input positif untuk stesen TV memperbaiki mutu drama Melayu.

Dia juga pengarah drama yang lebih arif soal lakonan dan jika mahu kualiti drama tempatan meningkat, sesuatu usaha perlu dilakukan.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino