20/01/2021

Malagos Buat Hal Lagi… Choy San Dou 2019

1 min read

Masih ingat dengan kumpulan Malaysia Amigos atau Malagos?

Sebelum ini enam anggota kumpulan ini pernah muncul dengan lagu mereka berjudul Undilah Malaysia 2018 sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada tahun lalu.

Begitu juga, mereka turut mencuri tumpuan khalayak menerusi lagu Kito Rayo 2018.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam, Malagos kembali denga karya terbaru mereka berjudul Choy San Dou 2019.

Uniknya kumpulan ini, mereka terdiri daripada berbilang bangsa dan lebih menarik, penyanyi utama mereka iaitu Badri Ibrahim juga menunjukkan bakat menyanyikan lirik dalam bahasa Mandarin.

Lirik lagu ini cukup santai dan menghiburkan selain memberikan humor pada pendengar. Jom layan!

Selamat tahun baru Cina buat semua pembaca Kafebuzz.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *