Mawi Kongsi Pengalaman Bikin Filem Pertama

Mawi mengarah filem tapi skrip siapa punya?

Sudah tentu segelintir penonton tertanya-tanya dan ingin tahu bagaimana pembikinan skrip filem pertama Mawi ini dihasilkan.

Jelas Mawi kepada Kafebuzz, skrip filem tiada tajuk ini mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan 10 draf.

“Lima tahun dulu ada bayangan nak buat tapi belum tulis skrip lagi. Pada masa itu, saya mempunyai impian nak jadi pengarah filem dan penerbit,” katanya.

D76F02CC-0E2A-44D6-8634-B7E813987C92

Jelasnya, ketika mula buat skrip perlu ada sinopsis dan menentukan hala tuju cerita pergi ke mana.

“Sebenarnya buat cerita pun dah susah. Nak buat cerita lain, kadang-kadang ada persamaan dengan cerita-cerita sebelum ini. Cabarannya, nak tunjuk kelainan dari satu babak ke babak lain,” katanya.

Sebagai pengarah, Mawi juga melakukan perubahan pada skrip apabila berada di set penggambaran. Malah, sehari sebelum masuk set pun diubah lagi.

“Cerita tak banyak ubah cuma pada dialog. Draf skrip tanpa dialog bila dah ‘locked’ cerita pergi macam mana, babak ‘ending’ macam ini, biasa tak ubah dan baru pergi babak pertama,” katanya.

mawi7

Baginya, genre komedi dalam filem ini memberi cabaran dalam mencetuskan babak atau aksi komedi.

“Memang saya nak pastikan setiap babak mesti ada ketawa, itu cabarannya. Nak buat cerita komedi tapi kena pastikan setiap babak boleh buat penonton ketawa, bukan hanya 1 atau 2 babak saja tapi kalau boleh setiap babak,” katanya.

Antara cerita, dialog atau pelakon, Mawi mengakui dia lebih fokus pada cerita terlebih dahulu sebelum pada dialog.

“Kadang-kadang dialog dah kelakar, siapa bawa pun jadi kelakar. Selepas itu fokus pada pelakon, dah tau siapa yang bawa jadi boleh bayangkan,” katanya.

E1D8BDD1-93D3-4FF9-8CC2-C3F214C16BA2

Soal ‘ending’, Mawi menyatakan ia terpulang pada pengarah itu sendiri untuk menghasilkan ‘happy ending’ atau sebagainya.

“Ada ‘ending’ buat penonton tertanya-tanya. Takut juga orang kata cerita tergantung. Buat ‘ending’ bukan senang.

“Saya sendiri tak tahu sebab kebanyakan penonton nak ‘happy ending’. Orang jahat akan dibalas manakala orang baik akan berjaya.

“Tapi memang itupun hukum alam. Mereka yang baik dan ikhlas akan berjaya, tak berjaya di sini tapi di akhirat, itu janji Nya,” katanya.

5EC9D41E-8F02-418E-9735-D16BF7860E82

Akuinya, dia mempunyai beberapa idea babak terakhir yang bermain di fikirannya.

“Kadang-kadang bila duduk ramai-ramai rasa ‘ending’ itu klise. Kalau buat macam ini orang boleh baca tak tapi daripada pengalaman saya tengok cerita, kalau cerita itu boleh penonton baca, bagi saya ia gagal.

“Sebenarnya boleh je buat cerita ‘straight forward’ tapi tak tau penonton boleh agak. Jadi, amat penting diwujudkan elemen kejutan.

“Ini juga diipanggil plot “twist’. Orang ingat macam ini tapi rupanya macam ini. Sekurang-kurang dalam cerita ada 1 pun dah ok,” katanya.

8BE5CBD6-92B3-4653-8AC0-A564DB58B61A

Ujarnya, nak buat plot ‘twist’ bukan kerja mudah.

“Kadang-kadang tak kena. Kalau boleh buat 2 atau 3 twist lagi bagus. Penonton ingat dia baik tapi jahat, watak jahat tapi baik,” katanya.

Dalam menyempurnakan skrip ini, Mawi juga bekerjasama dengan Rahman Saharudin dan K-N sebagai penulis skrip bersama.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*