Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Johan As’ari Guna Jubah dan Kopiah Istimewa Demi Mawi

Berlakon dalam filem tiada tajuk arahan Mawi rupanya menyimpan kenangan manis pada pelakon popular, Johan As’ari.

Dalam filem ini, dia membawakan watak sebagai Ustaz Halim.

07502F62-6482-4EB5-B848-7710D4456D18

“Bila saya dapat panggilan telefon untuk tawaran berlakon filem Mawi, saya mula terfikir nak pakai baju apa untuk penggambaran nanti.

“Kemudian saya ambil jubah dan kopiah yang pernah dihadiahkan Mufti Wilayah Persekutuan pada saya,” katanya kepada Kafebuzz.

Jelasnya, dia pernah berjumpa dengan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di rumah Mufti itu yang pada masa itu mahu menghadiahkan seekor arnab kepadanya.

5B1E0650-A850-4EF5-92A3-112BB564CFA5

Bagaimanapun, dia memilih untuk menggunakan jubah dan kopiah pemberian istimewa itu untuk berlakon filem pertama Mawi tersebut.

“Memang saya tak tahu nak pakai apa untuk watak tersebut. Alhamdulillah kebajikan ketika penggambaran memang gred A, makanan ada, kopi sampai ke pagi, Subuh pun masih ada kopi panas lagi jadi kita semua pun seronok.

“Ini menjadi kenangan manis saya berlakon dalam filem ini dibandingkan kebanyakan drama mahupun filem saya lakonkan sebelum ini hanya menggunakan wardrobe sendiri tapi kali ini memang istimewa,” katanya.

246758CE-1797-4A74-92E2-B31BA59E5896

Ujarnya, dia tidak pernah menerima hadiah jubah daripada mana-mana ulamak sebelum ini dan bagaikan jodoh, dia berkesempatan menggunakan pakaian itu dalam filem terbaharu kali ini.

“Watak saya sebagai ustaz yang mengubati orang yang kena rasuk iaitu lakonan Joey yang tiba-tiba ada atas pokok.

“Apabila sudah tahu dia terkena sesuatu, jadi saya datang mengubatnya,” katanya.

mawi_alongcham2

Sama seperti pelakon lain, Johan juga terbabit dalam proses dubbing untuk wataknya dalam filem ini.

“Nasib baik ada dubbing sebagai panduan untuk saya memperbetulkan bacaan ketika watak ada membacakan surah Al-Baqarah dan zikir.

“Saya percaya, insha Allah kalau pelakon-pelakon itu berkualii dan berpengalaman luas ada dalam filem ini boleh mendapat sambutan,” katanya.

Akuinya, filem ini mempunyai kekuatan dari semua aspek seperti pengarah iaitu Mawi sendiri yang pernah berlakon filem antaranya Munafik 2 yang menjadikan dia tahu pasal filem.

844AFA2F-3AAB-4D36-8FAE-03A3B5F51057

Mengenai kecaman segelintir netizen di media sosial terhadap filem tiada tajuk Mawi ini, Johan berpandangan pengalaman sama sebenarnya pernah dilalui Mawi ketika terbabit dalam program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

“Macam dia di AF3 selepas tersingkir dan kemudian masuk balik. Orang ramai pada masa itu lebih kasihkan pada Mawi yang mempunyai latar belakang agama seperti mengaji, macam mana sentiasa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

“Di situ apabila Mawi kekal ‘humble’, orang ramai akan kasihkan dia sehingga terfikir susah betul nak cari tajuk filem. Saya percaya ramai yang akan memberikan sokongan pada Mawi,” katanya.

– Kafebuzz.my

Foto: IG @johanarrif

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino