Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

”Bila Pengarah Ada Macam Kita Berlakon Sekali Lagi” – Anas Tahir

Nampak sama tapi berbeza.

Salah seorang pelakon pembantu filem tiada tajuk, Anas Tahir mengakui penghayatan sebagai pelakon ketika di set penggambaran dengan melakukan dubbing di studio memberikan pengalaman berbeza.

“Shooting pengalaman lagi best macam saya ada babak menjerit. Orang itu jauh dan saya tahu nak menjerit sampai tahap mana,” katanya kepada Kafebuzz.

Namun, Anas memberitahu dia boleh meniru dialog yang dilakonkan tapi sukar mendapat penghayatan yang sama.

“Selepas beberapa blok ketika dubbing, baru saya dapat ‘feel’ itu. Alhamdulillah, tiada masalah sebenarnya,” katanya.

49BB35A0-4518-49EF-BB1C-69F3FACD27CB

Baginya, filem yang menggunakan dubbing seratus peratus tidak menjejaskan mood penonton apabila ditayangkan kelak.

”Pada saya, mood ini bergantung pada pelakon sendiri. Ada pelakon yang berlakon sekadar lepas tekak, maksudnya aku tau aku berlakon dapat bayaran kemudian terus chow.

”Kalau dia ikhlas dan betul-betul berlakon untuk memajukan filem itu dan rasa sebahagian daripada bisnes filem itu, saya rasa pelakon itu akan buat terbaik,” katanya.

filembelumadatajuk2

Anas yang juga penyampai radio Zayan menyatakan dia juga berpuas hati dengan hasil dubbing filem ini.

”Saya juga berharap pada skor muzik nanti digabungkan dialog pelakon dapat mewujudkan persekitaran yang lebih menghiburkan pada penonton,” katanya.

filembelumadatajuk3

Anas juga memuji kesungguhan Mawi selaku pengarah yang turun padang ketika proses dubbing.

“Jika dia lepas, masa itu pelakon akan mengambil kesempatan, nak habis cepat dubbing tapi bila pengarah pun ada macam kita berlakon sekali lagi,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino