Keanu Reeve Hormat Peminat Wanita?
1 min read
Siapa tak kenal Keanu Reeves?
Popular dengan filem francais, The Matrix, kelibat aktor kacak itu di layar perak sentiasa dinantikan.
Di sebalik kehebatan lakonan, dia juga dikatakan sebagai selebriti yang tahu menghormati golongan wanita tanpa bersikap mengambil kesempatan.
Apa yang sebenarnya berlaku?
Beberapa foto Reeves bersama peminat dikongsi peminat di Twitter hari ini.
Apa yang menjadi bualan netizen di media sosial adalah dia tidak pegang mana-mana anggota badan peminat wanita.
Senang cerita, tiada sentuhan berlaku antara dia dengan peminat ketika begambar! Boleh percaya ke?
Apakah tak bersentuh dengan wanita dianggap lelaki yang menghormati wanita?
Apakah tindakan pelakon lelaki pegang peminat wanita kerana diajak bergambar dikatakan melakukan perbuatan tak senonoh?
– Kafebuzz.my