Katering ‘Kencing’ Rupanya Boleh Buat Aduan!
1 min read
Mungkin anda pernah jadi mangsa.
Buat tempahan katering untuk majlis tertentu tapi kemudian apa yang dijanjikan berbeza.
Kejadian seumpama ini memang boleh dikatakan masih berlaku di mana-mana meskipun pelanggan sudah berhati-hati berurusan dengan pihak katering.
Namun, lazimnya pelanggan yang menjadi mangsa lebih mudah mengambil cara berdiam diri atau tidak mahu memperbesarkan kesalahan yang dilakukan pihak katering.
Persoalannya apakah pelanggan boleh melakukan sesuatu seperti aduan kepada pihak tertentu?
Ya, memang boleh!
Pelanggan yang menjadi mangsa kejadian seperti ini boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ada 9 cara untuk membuat aduan.
– Kafebuzz.my