[Eksklusif] Filem Mawi Lulus Untuk Tayangan
1 min read
Filem Mawi lulus LPF.
Ini adalah berita gembira buat peminat dan penonton filem tempatan yang tidak sabar menyaksikan buah tangan pertama Mawi ke layar perak.
Mawi memberitahu secara eksklusif kepada Kafebuzz, filem tiada tajuk arahannya itu sudah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) baru-baru ini.
“Filem ini diberi klasifikasi P13 atas faktor seperti babak perkelahian atau pertengkaran. Sebenarnya, tiada babak maki hamun tapi bergaduh siap berkias-kias dan alhamdulillah watak LGBT juga lepas,” katanya.
Sebelum ini filem lakonan utama Hazama, Joey Daud dan Along Cham ini menimbulkan kebimbangan pada Mawi sendiri kerana ada watak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang digambarkan.
Penyampai radio Zayan ini tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut. (Baca lagi: Filem Mawi Ada LGBT, Lepas atau tidak?)
Mawi bersyukur kerana filem pertamanya kali ini yang membawa genre Islamik komedi lulus untuk tayangan kepada khalayak.
”Memang lega bila dah lulus sebab peringkat ini sudah jauh dan selepas ini menunggu keputusan Skim Wajib Tayang,” katanya.
– Kafebuzz.my