Ada Sesiapa Nampak Toyota Vellfire Ini Tak?

Malang memang tak berbau.

Kes membabitkan kecurian kenderaan boleh dikatakan antara kes yang kerap berlaku pada setiap tahun.

Anehnya kenderaan mewah yang dilengkapi sistem penggera keselamatan canggih juga tetap dicuri.

Apakah perompak zaman sekarang makin profesional dari aspek alatan mencuri kenderaan ini.

Satu kes terbaru membabitkan seorang pemilik kenderaan mewah jenama Toyota Velfire yang menjadi mangsa selepas kenderaannya itu hilang dicuri.

E2A6AB66-4035-41C0-8297-AB48B5245836

Menerusi info yang dikongsi mangsa, kenderaan tersebut dicuri di MSU (PTPL lama), sebelah Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada jam 11.45 pagi.

Orang ramai yang menjumpai kenderaan berpendaftaran DAM 21, boleh menghubungi tuan punya iaitu Rizal di talian 012-2979214.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*