Oja Buka Tawaran, Bajet Ikut Korang!

Zaman sekarang sesiapa saja boleh jadi artis.

Tak payah terhegeh-hegeh cari syarikat rakaman atau label untuk bikin album.

Nak menyanyi paling mudah guna media sosial. Boleh buat video sekali sampai jadi viral sehingga ramai ‘followers’.

Tapi, bagi mereka yang mahukan kepuasan dalam lagu atau album yang dihasilkan ada baiknya berjumpa dengan ‘pakar’.

Siapakah pakar yang dimaksudkan?

Tak lain tak bukan, pakar tersebut adalah komposer atau ‘music arranger’ yang boleh membantu dalam menghasilkan kualiti lebih baik standard studio rakaman.

Jika berminat boleh menghubungi penyanyi yang juga pemuzik terkenal, Oja.

Oja yang turut dikenali dengan panggilan Abang Gentel menerusi program bual bicara media sosial popular, Planet Mawi, membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmatnya.

AFAD7C4B-D617-46B2-A6E1-27D8A302796F

Bukan saja membabitkan lagu tapi pelbagai kerja rakaman lain seperti pascaproduksi untuk filem.

Perkembangan terbaru, Oja terbabit dalam rakaman muzik OST untuk filem tiada tajuk arahan Mawi yang bakal berada di pawagam tidak lama lagi.

Menariknya, Oja boleh dibawa bincang soal bajet projek yang mahu dilakukan. Jadi, apa tunggu lagi.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*