Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Zayan Tetap Nombor 1

Pernah dengar Zayan?

Ada yang kata ia radio Islamik dan ada juga kata ia radio Mawi.

Biar apupun persepsi dilemparkan pada radio ini, ia tetap gah membina identiti sendiri dalam menghiburkan ramai pendengar.

Zaman sekarang dengan teknologi makin maju, model telefon pintar canggih bersilih ganti, pendengar juga bebas memilih radio kegemaran mereka.

7214CE36-EE42-4845-B87B-B9D09A06F58D

Begitu juga, Zayan semakin menarik perhatian  ramai pendengar yang mahukan kelainan dari aspek penyampaian lagu dan celoteh penyampai radio.

Sejak lebih setahun beroperasi, Zayan membuktikan mereka mampu bersaing dengan stesen radio komersial lain.

Segmen Salam Bros menampilkan gandingan duo, Mawi bersama Anas Tahir dari jam 6  hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat, paling diminati ramai pendengar.

77820E6C-F5BE-4C97-8FF8-E3439072D067

Perkembangan terbaru, Zayan berjaya meraih 44.3 juta tontonan untuk video mereka sepanjang tahun 2018.

Ini suatu pencapaian yang membanggakan buat Zayan biarpun dianggap setahun jagung dalam industri radio tempatan.

Syabas buat Zayan dan semua team Zayan termasuk Pengurus Kandungan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor dan Produser Salam Bros, Shamsul Q yang juga penyampai radio Zayan.

Moga terus sukses dan bertahan dalam industri meskipun tiada ranking radio terbaik tapi Zayan tetap nombor satu di hati pendengar setia mereka!

– Kafebuzz.my

Foto: Zayan (Facebook)

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino