Gelombang Tsumawi Masih Wujud Ke? Ini 10 Sebab Mawi Terus Popular!
1 min read
Sejarah penganjuran program TV popular, Akademi Fantasia (AF) membuktikan Mawi adalah peserta paling dahsyat diangkat sebagai juara!
Tak percaya ke?
Penyampai radio Zayan ini baru-baru ini memuat naik video ketika dia hadir pada sesi ujibakat AF musim ketiga. Kiranya #throwback kali ini bagaikan cipta fenomena atau gelombang Tsumawi kembali.
Bakat Mawi bukan saja sedap menyanyi, bercakap di radio mahupun buat magik depan kawan-kawan tapi dia juga hebat sebagai sutradara yang bakal muncul dengan filem tiada tajuk di pawagam tidak lama lagi.
Tak payah cakap banyak.
Lihat saja komen peminat Mawi dalam status di video itu yang dimuat naik di Instagramnya, @cahayaasmawi.
Ini 10 Sebab Mawi Terus Popular:
1.  ‘Top-up’ habis, ‘curi’ telefon orang lain dan bil telefon melambung!
2. Pasang Astro sebab Mawi.
3. Botak pun peminat suka.
4. Gelombang Tsumawi.
5. Beli suratkhabar sebab gambar Mawi.
6. Tarian ‘ketam’ Mawi rupanya diminati.
7. Seksi rupanya (Tangan kat bahu!).
8. Skrin besar siap panggil anak yatim berdoa!
9. Budak kecil, pelajar sekolah dan budak ‘U’ pun layan.
10. Peminat pun tumpang bangga muka masuk suratkhabar.
– Kafebuzz.my