Last Updated: 26/06/2019 - 10:31 AM

“Saya Kalau Tak Puas Tak Balik Kot” – Mawi

Bukan senang rupanya berlakon filem Mawi.

Dah berlakon tapi masih kena buat ‘dubbing’. Itu kehendak Mawi sebagai seorang pengarah.

Bagaimanapun, tindakan Mawi melakukan ‘dubbing’ seratus peratus untuk filem pertamanya ini menunjukkan dia begitu teliti aspek audio. (Baca lagi: Kenapa Mawi Pilih ‘Dubbing’ Lebih Baik Daripada ‘Direct Sound’?

Selain pelakon wajib buat ‘dubbing’, Mawi juga memberitahu pengarah perlu turun padang ketika pelakon melakukan ‘dubbing’.

“Seeloknya orang jaga dubbing dan pengarah juga perlu turun jaga ‘dubbing’ sebab penghayatan filem ini hanya pengarah yang tahu.

“Dia nak tinggi atau rendah ke atau nak sama di set penggambaran. Sebenarnya, perkara ini sangat penting, pengarah perlu bagi panduan pada pelakon,” katanya kepada Kafebuzz.my.

DEB04FE6-25E9-4211-9152-9A56841C80DB

Jelasnya, individu yang jaga ‘dubbing’ lebih pada melihat ‘lipsing’ atau dialog dalam lakonan tapi penghayatan tak dapat.

Secara keseluruhan Mawi bersyukur dengan proses dubbing yang dijalankan bersama pelakonnya.

“Memang agak leceh orang yang bekerja dengan saya sampaikan saya rasa macam menyusahkan pelakon untuk buat lagi dan lagi sebab saya tak puas.

“Saya kalau tak puas tak balik kot. Nak balik pun dalam keadaan hati tak tenang jadi lebih baik kasi selesai.

“Alhamdulillah pelakon-pelakon pula okay.
Maksudnya, mereka sendiri pun rasa tak cukup, nak bagi yang lain sampai mereka puas hati.

“Saya sendiri pun tanya pada pelakon sama ada mereka puas hati atau tidak. Jika ada rasa tak kena, yang ini kita simpan dan buat yang lebih baik. Kalau tak kita guna balik yang tadi,” katanya.

105C76B3-E5D9-40C4-9571-1F848CE67922

Baginya, melakukan ‘dubbing’ berulang kali adalah untuk kepuasan pelakon dan bukan hanya pengarah syok sendiri.

Ujarnya, selepas proses dubbing selesai baru skor muzik dijalankan sehingga penghujung bulan ini.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino