Tak Perlu Ke Jepun Tengok Hello Kitty Sebab Mereka Ada Kat Kuala Lumpur
1 min read
Siapa peminat Hello Kitty?
Sudah tentu kanak-kanak perempuan paling suka dengan Hello Kitty.
Bermacam koleksi watak popular dari Jepun ini dihasilkan dan dijual pada khalayak daripada pakaian, beg sekolah, buku dan anak patung.
Bagi peminat Hello Kitty, apa kata luangkan masa berkunjung ke Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur yang kini berlangsung di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur.
Berita baik, acara yang bermula sejak 24 November lalu dilanjutkan sehingga 17 Februari depan.
Pameran ini dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio yang memberi ruang pada pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
Acara anjuran Alata Events dan Macexpo ini ini juga merupakan pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.
Jadi, ibu bapa jangan lupa bawa anak-anak datang tengok Hello Kitty lebih dekat di pameran ini.
– Kafebuzz.my