Kenapa Mawi Pilih ‘Dubbing’ Lebih Baik Daripada ‘Direct Sound’?
1 min read
Masuk tahun baru 2019, pasti ramai peminat Mawi tidak sabar menantikan tarikh tayangan filem pertamanya.
Perkembangan terkini, filem tiada tajuk ini masih dalam prosss pascaproduksi.
Mawi memberitahu Kafebuzz.my, filemnya sedang dalam proses ‘dubbing’ membabitkan pelakon utama, pembantu dan tambahan yang dijalankan di satu sudio di Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor.
Jelasnya, dia melakukan ‘dubbing’ seratus peratus untuk mendapatkan kualiti audio yang terbaik.
“Bila tengok balik audio ‘dubbing’ dengan ‘direct sound’ ada beza. Kalau sikit dalam 10 peratus takpe tapi bila sampai 30 hingga 40 peratus nak ‘dubbing’, memang kualiti akan lari,” katanya.
Penyampai radio Zayan ini mengakui melakukan ‘dubbing’ lebih baik sebab boleh memperbaiki kualiti audio itu sendiri.
“Memang di set penggambaran, penghayatannya berbeza mengikut persekitaran dan nak dapat balik penghayatan yang sama cukup susah.
”Itu cabaran pada pelakon yang ramai orang lain tidak tahu. Kadang bila kat set penggambaran, pelakon dah bagi yang terbaik tapi bila buat ‘dubbing’ tak dapat.
”Sebenarnya, masa ‘dubbing’ kena ambil masa. Maksudnya kena jaga betul-betul,” katanya.
Selain tanggungjawab pada pelakon dan individu yang terbabit dalam proses ‘dubbing’, Mawi juga menyatakan pengarah juga perlu ‘turun padang’.
Apa maksud Mawi sebenarnya bila pengarah juga perlu ‘turun padang’? Tunggu sambungannya esok.
– Kafebuzz.my