Last Updated: 15/01/2019 - 11:42 PM

Stesen Minyak Ditutup! Petronas Akan Beri Pampasan Sewajarnya Pada Mangsa

Media sosial hari ini kecoh apabila dilaporkan 20 kenderaan ‘tersadai’ di tepi jalan selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak hari ini.

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan hari ini, Petronas Dagangan Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut yang mencetuskan persoalan pada ramai pengguna.

Jelasnya, pihak Petronas mengambil serius kejadian tersebut dan memohon maaf pada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku di stesen mereka di Solaris Besraya, Kuala Lumpur pagi tadi.

Bagaimanapun, Petronas mengambil tindakan sewajarnya dengan menutup stesen berkenaan buat sementara waktu untuk melakukan siasatan.

Malah, Petronas juga memaklumkan mangsa kejadian ini juga akan diberi pampasan sewajarnya.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino