Nak Root Beer (RB) A&W Percuma? Ini Cara Paling Mudah!
1 min read
Siapa yang tak gemar minum root beer A&W angkat tangan?
Bukan saja syok bila diteguk tapi makan bersama aiskrim di dalamnya memberikan nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kepada peminat root beer atau singkatannya RB A&W, ada cara mudah untuk anda menikmati minuman ‘berhantu’ ini dengan cara percuma!
Ya, memang percuma!
Caranya hanya ‘follow’ Facebook, A&W Malaysia – Official @AnWMalaysiaOfficial dan anda berpeluang dapat 1 RB bersama curly fries percuma!!!
Tawaran istimewa ini diberikan kepada pelanggan sempena pembukaan cawangan baru restoran makanan segera popular itu di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Rawang menghala ke utara.
Jadi, apa lagi ditunggu. Jika kebetulan lalu di situ jangan lupa singgah ye.
Nanti boleh A&W Malaysia ajak Kafebuzz buat food review sambil menikmati kesedapan RB yang tiada tandingan!
– Kafebuzz.my