Last Updated: 26/06/2019 - 10:31 AM

Wayang Budiman Raikan Karya Hebat Ang Lee

Peminat filem Hollywood pastinya tahu kehebatan pengarah Ang Lee!

Pengarah dari Taiwan ini meraih Anugerah Pengarah Terbaik pada Academy Award menerusi filemnya, Life of Pi.

Buat peminat Ang Lee, satu peluang keemasan untuk menonton salah satu filemnya berjudul The Ice Storm.

Menariknya, peminat tempatan tidak perlu pergi Hollywood untuk menyaksikan filem ini sebaliknya hanya di Wayang Budiman!

Filem ini dipilih sebagai filem penutup tirai 2018 di Wayang Budiman yang mengisi slot Nuansa Amerikana.

8911E0B7-1162-4FDE-9900-8E2A9C5F6CDA

Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norman Yusoff turut berkongsi informasi mengenai filem ini.

The Ice Storm adalah adaptasi novel karya Rick Moody yang menulis kerana ingin meluahkan rasa marah terhadap ibu-bapanya ketika membesar di Amerika Syarikat era 1970-an yang penuh mencabar.

Filem ini merakamkan keruntuhan institusi keluarga di pinggir bandar New Canaan, Connecticut awal 1970-an, era yang sarat krisis moral dan kekeliruan.

Kisahnya mengambil tempat ketika satu hujung minggu cuti perayaan Thanksgiving yang berfokus kepada dua keluarga kelas pertengahan yang berjiran.

Para ibu-bapa hilang pedoman dan sentiasa dihantui rasa bersalah manakala anak-anak mereka penuh kebingungan.

A2AA7B91-ED65-4C9E-B8F2-1786E18EBF4D

Yang lebih menarik, filem ini disampaikan dari perspektif Ang Lee.

Filem ini merupakan antara karya terbaik Ang Lee yang ‘underrated’ dan kurang diperkatakan. Filem yang cukup berkuasa — akan meresah-gelisahkan kita sepanjang penontonan.

Beliau juga merupakan pemenang anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Cannes 1997.

Semua dijemput hadir ke Wayang Budiman ini. Tayangan adalah percuma yang bertujuan pendidikan kepada orang ramai.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino