Last Updated: 15/01/2019 - 11:42 PM

Peluang Timba Ilmu Bersama Yazit dan Yazid

Bagi peminat genre rock, kehebatan Yazit Ahmad memang tidak perlu dipersoalkan.

Lebih dikenali sebagai Yazit Search, beliau masih gagah bermain muzik tanpa jemu sejak 37 tahun lalu. Memang muzik sudah menjadi darah dagingnya.

Yazit selaku pemain dram dan pengasas kumpulan band ternama negara, Search sebenarnya membuka ruang pada mereka yang berminat untuk menimba ilmu dengannya.

Menerusi status di Facebooknya, Sang Gendang – Yazit Search baru-baru ini, beliau menyatakan hasrat untuk mengadakan program sesi Klinik Drum Bersama Yazit Search.

“Bagi mereka yang berminat mendalami pembelajaran teknik bermain drum serta pengalaman 40 dalam industri muzik. Sila Inbox saya. Penganjur bersama program turut dialukan,” katanya.

yazit_klinik

Impian Yazit untuk mengadakan bengkel muzik terlaksana apabila beliau akan mengadakan satu bengkel muzik pada 12 Januari 2019.

Acara yang dikenali sebagai Up Close & Personal with Drum & Vocal Clinic from Yazit Search @ Yazid Lovehunters diadakan dari 6 petang sehingga 10 malam.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan kolaborasi dua Yazit dan Yazid bergabung dalam berkongsi pengalaman mereka, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke klinik dram dan vokal ini.

Mungkin ini adalah peluang untuk anda jadi pemain dram sehebat Yazit mahupun mempunyai vokal bertenaga seperti Yazid.

– Kafebuzz.my

Foto: Sang Gendang – Yazit Search (Facebook)

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino