Last Updated: 01/07/2020 - 7:40 PM

“Nabi Muhammad SAW Pun Tak Dipanggil Haji Tapi Manusia Terus Riak” – Haji Manap

Watak pelakon pembantu sebenarnya sangat penting dalam menghidupkan sesuatu babak dan plot bergerak sempurna.

Bagi penonton yang tidak sabar menantikan filem terbaru Mawi yang bakal ditayangkan pada tahun depan, anda pasti terhibur dengan watak Haji Manap.

Siapakah dia? karakternya seorang yang sudah tiga kali pergi menunaikan haji tapi malangnya bersikap riak pada orang lain.

“Dia riak dengan gelaran haji. Kalau orang tak panggil dia haji, dia jadi marah. Dah beribu duit dia habis pergi haji tapi sebenarnya tiada apa-apa pun,” jelasnya kepada Kafebuzz.my.

17478679-2D94-401B-A08D-049FCD8587B7

 

Sambungnya, karakter sebagai Haji Manap membawa suatu mesej yang mahu disampaikan pada penonton.

“Haji itu suatu benda yang kita kena buat, bukan untuk dapat nama tapi satu ibadah dan rukun Islam.

“Jadi, kita sebenarnya tak perlu riak dengan gelaran haji. Nabi Muhammad SAW pun tak dipanggil haji tapi manusia terus riak,” katanya.

‘Haji Manap’ atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Md Saat yang ditemui ketika sesi ‘dubbing’ di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengakui berlakon dengan Mawi dan produksi di bawah Mawi World Entertainment memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

32B71370-FEAE-4F84-B2D7-EF85C1AC4588

“Produksi sangat seronok sebab kami di lokasi sentiasa mengamalkan sikap macam keluarga. Tak pernah rasa tertekan sebab masing-masing anggap sebagai keluarga.

“Saya sudah berlakon 7 telefilem dan ini filem pertama saya. Ketika saya masuk ke set penggambaran, saya tak rasa gementar atau kekok.

“Walaupun kru bertukar setiap kali berlakon tapi sifat kekeluargaan tetap diterapkan dalam produksi. Itu Mawi punya gaya,” katanya.

DA2D7123-A2BC-4D3C-AF69-7DD821A42383

Nak tahu apa komen Haji Manap pada Mawi sebagai pengarah pertama kali mengarah filem belum ada tajuk, kena tunggu sambungannya esok!

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino