FiTA UiTM Juara Kategori Utama Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia
1 min read
Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjuarai kategori utama pertandingan bagi Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia, bagi kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif (AKRI2018) baru-baru ini.
Sebanyak lima finalis dari lima universiti awam dan swasta iaitu Multimedia Universiti, Politeknik Ungku Omar Perak, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia bertanding bagi kategori ini.
Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.
Atas kemenangan itu, FiTA membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bersama trofi dan sijil.
Ahli Kumpulan terdiri daripada Datuk Professor Dr. A. Razak Mohaideen selaku Dekan Fakulti bersama Mastura Muhammad (Timbalan Dekan Akademik), Khairul Anwar Mat Kassim (Timbalan Dekan Jaringan Industri & Antrabangsa), Azhari Mohd Zain (Timbalan Dekan Hal Ewal Pelajar), Dr. Wan Aida Wan Yahaya (Ketua Pengiktirafan Akademik), Faizul Ahmad Rashid (Ketua Pusat Pengajian Filem), Nur Nafishah Azmi (Ketua Pusat Pengajian Penulisan Kreatif) dan dibantu Muhammad Nizam Yaakub (Pereka Grafik FiTA) serta Shariman Supardi (Pembantu Pereka Grafik).
Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang dilaksanakan sama ada di peringkat institusi atau individu.
Ia merangkumi tiga kategori utama iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif dan Pengalaman Pembelajaran Immersif.
Tahniah buat FiTA dan UiTM.
– Kafebuzz.my
Foto: Dr A. Razak Mohaideen