Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

[Eksklusif] Mawi Dedahkan Siapakah Watak Bo Yang Sebenarnya!

Idea Mawi mewujudkan props rumah dalam tanah dipaparkan dalam filem sulungnya menunjukkan dia seorang pengarah filem yang berani menyampaikan suatu berbeza pada penonton.

Mawi mengakui sebenarnya watak yang merujuk pada props tersebut memang wujud yang juga seorang kawan padanya.

“Dalam cerita ini wataknya sebagai Bo yang mempunyai karakter yang pelik dalam dunia realiti.

“Dia kalau nak lepak di kawasan perkuburan atau masjid dan seorang diri. Dia ada dunianya sendiri dan orang kampung kata dia gila tapi saya nampak dia seorang yang istimewa,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz.my.

mawi3

Mawi mendedahkan dia tertarik mewujudkan watak Bo kerana ia adalah realiti yang memang wujud. 

“Memang dia tinggal dalam rumah dalam tanah cuma orang macam ini jarang kita jumpa. Dia sudah sampai ke tahap berserah diri pun sudah lain.

“Simboliknya saya mewujudkan watak dia kerana pertamanya, dia seorang yang istimewa. Kedua, jangan pandang orang gila yang tak tau apa.

“Kadang-kadang orang macam ini lebih tau daripada kita. Kadang-kadang orang gila cakap sendiri-sendiri, kita tidak tahu dia bercakap dengan siapa.

“Kadang-kadang memang dia sakit mental tapi kita tak tahu mungkin ada istimewanya dia. Sebab itu orang gila masuk syurga,” katanya.

mawi4

Bagi Mawi, watak Bo istimewa dari aspek pemahaman terhadap suatu benda yang ‘menjentik’ orang berfikiran normal terfikir orang seperti Bo boleh fikir macam ini.

“Dia punya fikiran juga lebih mendalam daripada kita tentang Islam dan kenal diri.

“Contoh dia berharap nak pergi umrah. Dia cakap kalau dapat pergi umrah dia nak masuk dalam Kaabah, lepas itu dia terfikir nak solat mengadap mana!.

“Kita orang normal sendiri tidak terfikir sampai ke situ,” katanya.

Jelasnya, watak Bo ini mahu menyampaikan mesej mendalam pada penonton yang boleh buat penonton tersentap.

“Memang ada orang macam ini sebab itu saya nak kongsikan ilmu-ilmu yang saya tak dapat dengan orang lain tapi kita dapat daripada orang macam ini.

“Orang nampak dia tak betul tapi bila duduk sembang dengan dia bercerita pasal roh, alam, kejadian manusia ciptaan Allah, dia seperti lebih tahu,” katanya.

mawi2

Lebih menarik, Bo juga tahu ilmu mengenal diri atau Tasawwuf termasuk mencuci hati.

“Dia duduk sendirian berzikir cuci hati, nak jauh daripada maksiat. Dia macam suka bertapa, jarang-jarang keluar, kalau keluar hanya nak beli makanan.

“Kalau dia beli nasi goreng, dia bagi kucing makan dulu sampai kucing itu pergi baru dia makan,” katanya yang pernah duduk dengan Bo yang sebenar suatu ketika dulu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Mawi

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino