Last Updated: 22/03/2019 - 10:18 AM

‘Shooting’ Dari Awal Pagi Sampai Lewat Malam Tapi…

Sudah acapkali cerita ini jadi bualan ramai tapi hakikatnya ia sering dipandang remeh.

Apa isunya? kru produksi dari produser sampailah ke budak bancuh air, ada dalam kalangan mereka tidak endah dengan waktu solat.

Mengapa perkara sebegini sering berlaku lebih-lebih lagi membabitkan mereka yang bekerja dalam produksi filem atau drama yang menuntut komitmen 24 jam kerja di set penggambaran.

Biarpun ada yang selamba berkata kubur masing-masing tapi ada baiknya isu sebegini dijadikan renungan bersama agar sesama umat Islam dapat mengingatkan satu sama lain terhadap tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Seorang pelakon lelaki turut menceritakan pengalamannya di set penggambaran drama yang dibintanginya melihat senario sedemikian masih terus berlaku.

“Walaupun jadual penggambaran yang panjang dari awal pagi sehingga lewat malam tapi masih ramai yang tidak peduli untuk bersolat. Perkara sebegini amat menyedihkan bagi kita sendiri sebagai umat Islam,” katanya kepada Kafebuzz.my.

Lazimnya, banyak juga syarikat produksi yang menghentikan penggambaran seketika ketika azan berkumandang. Begitu juga, ada juga pelakon mahupun kru yang menjalankan tanggungjawab terhadap Allah ini sebaiknya.

Bagaimanapun, masih ramai juga yang buat tak tahu. Ada baiknya jika pengarah sebagai ‘kepala’ di lokasi penggambaran menunjukkan contoh pada kru lain untuk bersolat atau paling afdal, jadi imam pada semua yang berada di lokasi.

Salah ke pengarah jadi imam kepada kru produksi?

Jika semua bekerja keras pada masa sama tidak lupakan pada Yang Maha Esa, insha Allah segala urusan dapat dipermudahkan dan paling penting mendapat keredhaan Nya.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino