Last Updated: 15/01/2019 - 11:42 PM

Pengarah Filem Mekanik Berjaya Kekal Kedudukan Sebagai Presiden FDAM

Pengarah filem berpengalaman, Othman Hafsham berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Pemilihan beliau sebagai teraju persatuan tersohor dalam industri perfileman tempatan itu dibuat selepas mendapat sokongan majoriti ahli.

Pelantikan baru ahli jawatankuasa (AJK) FDAM untuk penggal 2019 hingga 2021 dilakukan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, Selangor, kelmarin.

Senarai AJK FDAM baru ini dimaklumkan menerusi Facebook, @FDAMOFFICIAL, hari ini.

FDAM_ajk2019

Selain pemilihan pengarah filem popular Mekanik itu, seorang lagi tokoh perfileman, Dr Mahadi J Murat dipilih sebagai Timbalan Presiden.

AJK terdahulu, Ahmad Hashim turut meraih kepercayaan ahli untuk terus berjuang dalam FDAM sebagai AJK.

Begitu juga, Penasihat Akademik, Kuala Lumpur Film School, Dr Khairulfazi Saari juga dipilih ahli sebagai AJK kali ini.

Tahniah pada semua yang dipilih sebagai AJK baru FDAM. Apa yang diharapkan pemilihan individu-individu dalam AJK baru ini dapat membangunkan industri perfileman secara total dan paling penting membantu kebajikan ahli sendiri.

Senarai Ahli Jawatankuasa FDAM Penggal 2019 hingga 2021:

Presiden – Othman Hafsham
Timbalan Presiden – Dr. Mahadi J Murat
Bendahari – Logan Nathan
AJK:
Thorpe Ali
Ahmad Hashim
Nevin Hiong
Sofia J Rhyland
Dr. Khairulfazi Sa’ari

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino