Apakah Filem Pertama Mawi Bawa Kisah Ajaran Sesat?

Buah tangan sulung Mawi menerusi filem yang masih belum ada tajuk menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah filem membawa kisah ajaran sesat.

Watak ustaz yang ditampilkan sebagai antagonis dalam filem mahupun drama seringkali mewujudkan persepsi negatif pada penonton.

Ia juga dikaitkan sebagai pelampau agama sehingga dikatakan boleh menjurus pada usaha memesongkan akidah umat Islam yang menonton.

Malah, apa yang dibimbangkan kelak jika filem sebegini ditonton bukan Islam yang boleh menwujudkan tanggapan sebaliknya.

mawi3

Selepas isu yang sama berlaku ke atas filem Polis Evo 2 baru-baru ini, tanda tanya penonton juga terarah pada filem terbaru, Mawi yang dijangka tayangan pada tahun depan.

Meskipun filem belum ada tajuk ini membawa genre Islamik dan komedi, Mawi berpandangan dia mempunyai alasan tersendiri dalam mewujudkan watak dalam filemnya kali ini.

“Penonton menilai dari trailer filem apabila melihat watak orang jahat pakai serban macam orang Islam yang jahat dan itu menjadi isu.

“Apabila tengok filem Polis Evo 2, watak itu memang ajaran sesat macam watak Abuja dalam filem Munafik 2 cuma kepercayaan mereka berbeza.

“Macam filem saya tiadalah ajaran sesat tapi ia cerita komedi dan santai yang menyelitkan elemen Islamik,” katanya kepada Kafebuzz.my.

mawi4

Mawi menjelaskan salah satu watak dalam filem ini juga digambarkan sebagai individu yang hidup dalam rumah dalam tanah.

“Mungkin orang akan kata filem saya ini seperti ajaran sesat sebab ada rumah dalam tanah tapi sebenarnya tidak.

“Watak dan rumah dalam tanah itu sebenarnya adalah realiti yang menunjukkan memang ada orang yang duduk dalam rumah dalam tanah,” katanya.

mawi2

Siapakah watak tersebut? Apakah kisah di sebalik realiti watak itu yang mahu disampaikan? Tunggu sambungannya esok.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*