Last Updated: 04/07/2020 - 3:18 PM

Filem Mawi Ada LGBT, Lepas atau tidak?

Penyanyi popular, Mawi berharap filem arahan pertamanya mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan pada tahun hadapan.

Apa yang merisaukannya adalah filem yang masih belum ada tajuk itu turut memaparkan seorang watak yang mempunyai isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

2A2D2D97-1BEB-440D-A26D-A2098F275D1E

Isu LGBT menjadi topik hangat diperkatakan dalam masyarakat dan pemimpin negara sehingga ia mengundang polemik pada agama rasmi negara ini.

“Memang ada LGBT cuma saya harap tiada masalah. Insha Allah benda yang membawa kebaikan saya rasa tiada masalah,” katanya kepada Kafebuzz.my.

E7798CA8-6453-4875-87F9-C793BD323283

Sebagai penggiat seni yang berhasrat mendidik penonton dengan mesej positif dalam filem, Mawi berharap agar penonton menyaksikan filemnya dahulu sebelum membuat sebarang persepsi negatif.

“Apapun kena tengok filem ini baru faham sebenarnya. Saya sendiri risau juga apabila terbaca laporan media mengatakan LGBT tidak dibenarkan dalam drama dan filem bermula Januari tahun depan.

“Jadi, dalam filem saya ada cerita pasal LGBT sikit. Agak risau tapi insha Allah sama-sama kita doa semoga filem ini lepas untuk tayangan nanti,” katanya.

Mawi menjelaskan ada satu watak yang menjurus pada LGBT tapi ia membawa mesej terhadap keinsafan dan kesedaran pada penonton.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino