Last Updated: 22/03/2019 - 10:18 AM

Ingatkan Wanita Je, Rupanya Lelaki Pun Boleh Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Ramai yang sedar mengenai perkara ini tapi ramai juga yang buat tidak kisah apabila menjadi mangsa gangguan seksual.

Definisi gangguan seksual adalah membabitkan perbuatan, percakapan atau tingkah laku yang mempunyai unsur seksual yang boleh memberi gangguan psikologi kepada mangsa.

Peringatan terhadap jenayah gangguan seksual dikongsi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Instagram, @pdrmsia_official.

View this post on Instagram

#JomBeringat GANGGUAN SEKSUAL Gangguan seksual bermaksud perlakuan, perbuatan, percakapan atau tingkah laku berunsurkan seksual yang boleh memberi gangguan psikologi kepada si mangsa, tidak kira lelaki atau wanita. (Jangan ingat gangguan seksual ni dialami oleh kaum wanita je tau!) Gangguan seksual merupakan satu bentuk jenayah seksual yang boleh dituduh dan dikenakan tindakan di bawah undang-undang negara kita. Ia juga boleh berlaku di mana-mana sahaja oleh individu yang tidak bertanggung jawab dan yang suka mengambil peluang sedia ada di depan mata! Antara tempat-tempat biasanya berlaku gangguan seksual adalah di tempat kerja, tempat membeli belah, panggung wayang, dalam penganggkutan awam (bas. komuter, LRT dan sebagainya). Jom beringat bahawa antara cara yang digunakan oleh si pelaku kepada si mangsa adalah: 1. LISAN: Dilakukan dengan kata-kata dan gurauan berunsur lucah, usikan atau dalam bentuk komen di media sosial. 2. ISYARAT: Membuat prilaku berunsur seks dalam bentuk isyarat ke atas si mangsa. Contoh perlakuan adalah seperti melalui jelingan, isyarat tangan yang membayangkan perbuatan seksual, aksi menggoda dan juga menjilat bibir secara ghairah di hadapan si mangsa. 3. FIZIKAL: Prilaku seperti menepuk anggota badan si mangsa di tempat yang tidak sepatutnya di tepuk seperti di punggung, mengusap-ngusap anggota badan si mangsa, meraba, memeluk atau menciumnya. Jika anda pernah menjadi mangsa atau melihat rakan anda menjadi mangsa gangguan seksual seperti di atas, laporkan di mana-mana balai berdekatan dengan segera. Kami sedia membantu anda walau di mana jua anda berada. Sebarkan maklumat ini kepada semua ahli keluarga atau kenalan anda agar mereka tahu dan mendapat manfaat dari posting di atas. Sumber gambar: carian Google

A post shared by Polis Diraja Malaysia (@pdrmsia_official) on

Apa yang patut diberi perhatian dalam status peringatan itu adalah gangguan seksual bukan saja boleh berlaku pada golongan wanita tetapi juga lelaki!

Antara lokasi yang dikesan berlaku jenayah ini adalah di tempat kerja, pusat membeli belah, panggung wayang, pengangkutan awam seperti bas dan LRT.

PDRM juga memberi pesan agar mangsa atau rakan mangsa yang melihat kejadian seumpamanya tampil membuat laporan polis.

Apa yang menjadi persoalan, adakah lelaki mahu membuat laporan polis kerana menjadi mangsa gangguan seksual?

– Kafebuzz.my

Foto: womensrepublic.net

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino