“Entah Apa Yang Mawi Nak, Saya Tak Faham” – Hazama

Pelakon amat penting memahami karakter yang dibawa tapi Hazama pula tak faham apa kehendak Mawi sebagai pengarah.

Jelasnya, karakternya sebagai Abadi lebih banyak diam dan bermain dengan reaksi.

“Angle yang Mawi bagi lain daripada watak saya sebelum ini yang ada dialog dan kelakar. Antara tiga watak utama dalam filem ini, saya paling serius sekali,” katanya kepada Kafebuzz.my.

E7BF0596-D190-440C-888B-868FF7259862

Sejujurnya, Hazama menyatakan dia tidak faham apa yang Mawi mahukan pada watak yang dilakonnya.

“Entah apa yang Mawi nak, saya tak faham. Saya rasa karakter saya adalah salah satu karakter Mawi sendiri yang dikeluarkan.

“Saya sendiri tak faham, mungkin hanya dia yang tahu,” katanya.

Bagaimanapun, Hazama menyatakan terbabit dalam penggambaran filem belum ada tajuk adalah pengalaman yang menyeronokkan.

“Seronok sepanjang berlakon sebab kerja dengan kawan-kawan. Walaupun tempat kerja ada stres tapi oleh kerana kita berkawan ia jadikan kita rasa seronok.

“Stres itu biasa tapi team ini saya anggap seperti keluarga dan kami seronok bekerjasama,” katanya.

mawi7

Sebagai kawan, Hazama juga mengakui dia menghormati Mawi apabila berada di set penggambaran.

“Bila masuk set saya hormat dia sebagai pengarah, bila ‘cut’ kami jadi kawan balik.

“Saya terima arahan apa yang Mawi nak dan saya buat, nak kena cukur misai ke, nak kena botak ke, buat apa-apa yang dia minta tanpa mempersoalkannya sebab saya hormat posisi dia.

“Dia seorang yang ‘free’, dia bagi ‘guideline’ tapi dia terbuka macamana saya nak sampaikan. Jadi, saya tunjukkan pada dia dulu,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*