“Dalam Cerita Ini Banyak Dikupas, Mereka Yang Jahil Ada Jawapannya” – Along Cham

Pelawak yang juga pelakon berpengalaman, Along Cham mengakui filem belum ada tajuk arahan Mawi memberi kelainan watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Berdasarkan pengalaman dari filem yang pernah dibintanginya sebelum ini, filem kali ini dianggap lain sebab watak yang dibawa cukup berat untuk dipikul.

“Saya pernah berjanji dengan diri sendiri tak mahu bawa watak ini sampai bila-bila tapi bila Mawi berikan watak ini pada saya, mula-mula berkerut juga kerana sesetengah netizen melabelkan ini sebagai jalan mudah untuk bagi penonton gelak.

“Bila bincang dengan Mawi pasal watak ini baru saya faham,” katanya kepada Kafebuzz.my.

mawi_alongcham3

Along memberitahu dia tertarik dengan filem ini yang mempunyai hala tuju dan kesinambungan dari cerita sebelum ini kepada filem.

“Plot cerita ini lebih besar dan tamparan-tamparan untuk netizen lebih banyak.

“Dalam banyak filem, ini filem yang saya lakonkan paling banyak moral dan mesej serta ada unsur Islamik antaranya kita sebagai umat Islam banyak benda kita tahu, malu nak tanya tapi dalam cerita ini banyak dikupas, mereka yang jahil ada jawapannya,” katanya.

mawi8

Jelasnya, watak yang dibawa sebagai Kuswadi mempunyai dua karakter berbeza iaitu punk di luar tapi ‘pink’ di dalam.

“Dia tahu hukum halal dan haram tapi mempunyai keinginan tinggi.

“Kebanyakan filem sebelum ini yang saya buat, ada hala tuju daripada pengarah. Saya banyak kepada sekuel tapi bila di sini, Mawi cabar saya boleh buat.

“Memanglah semua orang boleh buat tapi dia percaya lakonan yang saya buat ini boleh beri impak positif pada penonton,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*