Last Updated: 22/03/2019 - 10:18 AM

Peluang Didik Anak Jadi Sehebat Mamat Khalid Mahupun Syamsul Yusof

Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya, satu peluang keemasan boleh direbut golongan kanak-kanak yang berminat menimba ilmu perfileman.

Memang jarang sebenarnya kita mendengar peluang sedemikian diberikan pada pelajar seawal usia 6 tahun.

Jika ibu bapa masih mencari aktiviti yang sesuai yang anak-anak mereka sempena cuti sekolah ini apa kata menyertai satu program yang dikenali sebagai Junior Film Maker Workshop bakal diadakan pada 12 Disember ini (esok).

Program berkonsepkan CSR anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Rizq Islamic School ini diadakan di Rizq Islamic School, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

rizq_junior2

Menariknya, bengkel selama sehari ini diadakan bertujuan menanam minat, memberi ilmu dan informasi mengenai bidang perfileman dalam kalangan murid sekolah.

Siapa tahu mungkin anak anda bakal menjadi seorang pengarah filem terkenal yang berjaya menghasilkan pulangan kutipan pecah panggung tertinggi seperti Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.

rizq_junior3

Untuk pengetahuan ibu bapa, bayaran yang dikenakan untuk program ini cukup berpatutan iaitu sebanyak RM30 untuk pelajar Rizq manakala bukan pelajar sekolah tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM60.

Penyertaan terbuka pada kanak-kanak berusia dari 6 sehingga 15 tahun.

Jangan bimbang, makanan tengahari disediakan termasuk sijil penyertaan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-89120447 atau 03-89260447 atau 018-3517357.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino