Mawi Kelihatan Serabut Sampaikan Bercakap Mata Tak Buka!

Penyanyi yang juga penyampai radio popular, Anas Tahir berkongsi pengalaman bekerja dengan Mawi di set penggambaran filem belum ada tajuk.

Ujarnya, Mawi kelihatan serabut sebelum penggambaran bermula sehingga bercakap mata tak buka!

“Sebelum dia ambil cuti, dia macam tak tidur, terfikir skrip nak buat macamana. Saya kasihan tengok keadaannya tapi dia kata nak buat juga untuk filem ini,” katanya kepada Kafebuzz.my.

filembelumadatajuk2

Biarpun Mawi kelihatan serabut sebelum penggambaran, tanggapan Anas terhadap rakan Salam Bros itu berbeza ketika berada di set penggambaran.

“Pengalaman di set penggambaran memang menyeronokkan. Dia tak serabut pula ketika menjadi pengarah.

“Ketika azan berkumandang, dia berhenti penggambaran untuk solat. Dia sendiri tidak ‘sound’ pada orang lain mahupun meletakkan tekanan pada sesiapa,” katanya.

Anas diberi peluang membintangi filem belum ada tajuk sebagai Tohir iaitu pembantu peribadi kepada Suci (lakonan Mawi) yang merupakan seorang penyanyi popular.

“Masa mula dapat tawaran berlakon filem ini, saya baru 2 bulan kenal Mawi. Masa itu saya tengah buat ‘editing’ di konti studio.

“Dia bagitau nak buat filem dan ajak saya berlakon. Saya tak pernah berlakon, takut kena kecam dengan orang tapi Mawi beritahu dia yakin saya boleh berlakon,” katanya.

filembelumadatajuk3

Sebagai pelakon baru, Anas yang juga penyampai radio Zayan percaya ramai pelakon lain berminat untuk membintangi filem sulung Mawi ini.

“Semua bergantung pada dia kerana dia adalah pengarah. Saya sendiri skrip ‘reading’ pun tiada.

“Tiba-tiba lepas ‘on air’, dia kata esok ada ‘shooting’ di KL dan minta saya datang,” katanya.

Anas yang pernah ada pengalaman bekerja sebagai ‘clapper boy’ untuk sebuah filem sebelum ini membayangkan suasana di set penggambaran filem baru Mawi sama seperti filem lain.

“Bila saya pergi ke set filem belum ada tajuk saya ingatkan benda yang berlaku macam itu tapi bila pergi, satu persekitaraan tidak kelam kabut, tak tahu sama ada perangai Mawi yang membuatkan situasi jadi sebegitu.

“Mawi nampak relaks. Walaupun ada benda kecil berlaku tapi memang tak nampak dia marah,” katanya.

– Kafebuzz.my

Foto: Mawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*