Last Updated: 26/06/2019 - 10:31 AM

Bukan Artis Jadi Pilihan Tapi Datuk Samsuni Mohd Nor Sebagai Pengerusi Baru FINAS

Teka teki ramai penggiat seni tanah air terhadap pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akhirnya terjawab.

Jawatan ‘kerusi panas’ yang menjadi rebutan ramai penggiat seni sebelum ini iaitu Pengerusi FINAS disandang Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Samsuni Mohd Nor.

Pelantikan pengerusi baru FINAS ini sekaligus mengenepikan empat calon lain yang disenarai pendek sebelum ini iaitu bapa animasi Malaysia, Hassan Abd Muthalib; pensyarah sambilan filem dan penyiaran, Zaki Abdul Rahim; pelakon popular Sharifah Amani dan Datuk Hans Isaac.

finas2019

finas2019_2

Timbalan Pengerusi pula ialah Affendy Ali Dally yang juga seorang penasihat undang-undang.

Shakib Ahmad Shakir masih diberi kepercayaan sebagai pemangku Ketua Pengarah manakala Fairul Azida Shahabudin selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah FINAS.

Pengumuman jawatan tersebut dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan media.

Dua selebriti popular, Bront Palarae dan Syafiq Yusof yang juga pengarah filem dilantik sebagai panel penasihat.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino