Last Updated: 22/03/2019 - 10:18 AM

Tony Fernandes Kongsi Foto Istimewa Buat Netizen Sempena Hari Jadi AirAsia Ke-17!

Pencapaian AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah negara sememangnya cukup membanggakan.

Selama ini, rakyat Malaysia memilih AirAsia sebagai pengangkutan udara untuk ke pelbagai destinasi dalam mahupun ke luar negara.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih AirAsia antaranya Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Pasifik menerusi AirAsia Malaysia dan AirAsia X oleh laman sesawang penarafan dan keselamatan produk global, AirlineRatings pada November lalu membuktikan AirAsia adalah penerbangan terbaik di Asia.

Biarpun pelbagai kejayaan diraih, sejarah penubuhan AirAsia sejak 17 tahun lalu sentiasa menjadi inspirasi pada mereka yang mahu sukses dalam bisnes.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes turut berkongsi satu foto bersejarah di akaun media sosialnya hari ini untuk tatapan netizen.

Menariknya, foto istimewa itu menunjukkan resit bayaran pembelian saham AirAsia bertarikh 5 September 2001 bersama wang kertas RM1.

“17 tahun lalu, lima daripada kami mempunyai impian. Impian untuk mencipta tempat kerja yang boleh memenuhi impian pekerja.

”Mencipta jenama popular seperti Coca-Cola, membolehkan semua orang boleh terbang dan menjadi jenama kebanggaan Asean. Selamat hari jadi ke-17 buat AirAsia,” katanya dalam status tersebut.

Memang benar selepas 17 tahun, AirAsia berjaya membuktikan sebagai syarikat penerbangan tambang murah pilihan ramai pengguna bukan saja di Malaysia tapi seluruh dunia.

Selamat hari jadi ke-17 buat AirAsia!

– Kafebuzz.my

Foto: tonyfernandes (Instagram)

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino