“Keinginan Mawi Buatkan Saya Rasa Nak Marah… Tapi Bila Buat ‘Oh! Shit Man” – Joey Daud

Kemunculan Joey Daud dalam bidang lakonan tidak perlu dipertikai tapi dia menempuh pengalaman berbeza ketika terbabit dalam filem terbaru arahan Mawi.

Jelasnya, Filem Belum Ada Tajuk ini memberi cabaran yang besar kerana perlu mengikuti kehendak pengarah.

“Ia memberi cabaran sebab keinginan pengarah membuatkan saya rasa nak marah ketika itu sebab tak tau apapun.

“Tapi bila buat macam itu, orang putih kata ‘oh! shit man’, ‘memang baik’, ‘siot dia ni’, ‘kira ada barang’,” katanya kepada Kafebuzz.my.

8C13CB6E-2268-499C-A514-1E64F89EAD9D

Joey memberitahu, Mawi banyak mengajarnya tentang jiwa sebab dalam filem ini ia bermain dengan jiwa.

“Nampak macam tiada apa-apa tapi bila orang tengok, mereka juga akan tahu.

“Dari aspek karakter, kami pernah buat dulu dalam telefilem Rock Sangkut. Jadi, saya faham cara kerja masing-masing, ‘chemistry’ dengan Hazama dan Along dah ‘best’ sebab dah kenal lama, nak bekerjasama jadi senang,” katanya.

DE6C23B9-9C3C-42BD-866A-8EAA92CB0724

Seperkara yang menarik dikongsi Joey ketika penggambaran filem sulung Mawi ini adalah cara pelakon berdialog.

Akuinya, sepanjang pengalaman sebagai pelakon, aspek intonasi pada sebutan dalam dialog tidak diberi penekanan secara teliti.

“Semua pelakon akan ‘deliver’ dialog tapi cara ‘deliver’ walaupun pendek tapi ‘meaningful’. Masa ‘deliver’ intonasi kena tepat seperti kehendak pengarah.

“Betullah, intonasi dia walaupun sebut beberapa perkataan tapi kena betul,” katanya.

– Kafebuzz.my

Foto: Mawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*