Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Lagu Jiwa Lagu Cinta Versi ‘Punk’ Tapi Kita ‘Control’ Jadi Lebih Cantik – Oja

Tiga penyanyi rakam 2 lagu tapi pada masa berbeza secara berasingan.

Nampak mudah tapi ia tetap beri cabaran pada komposer seperti Oja ketika melakukan rakaman lagu, Lagu Jiwa Lagu Cinta yang dijadikan lagu OST Filem Belum Ada Tajuk.

Ujarnya, ketika Joey Daud membuat rakaman terlebih dahulu di studio, dia pada masa itu baru baik daripada sakit tonsil.

“Susunan muzik lagu ini adalah baru seperti mana dikehendaki Mawi.

“Beza susunan baru kali ini ia lebih pada ‘punk’, lebih bising tapi kita ‘control’ sikit jadi lebih cantik,” katanya kepada Kafebuzz.my.

ostmawi3

Oja memberitahu rakaman lagu ini juga akan diselitkan pada babak tiga watak lakonan Joey, Along Cham dan Hazama yang menyanyikan lagu ini dalam filem tersebut.

“Selain Joey, Along juga sebenarnya boleh menyanyi dan dia ada gaya sendiri,” katanya.

Ketika rakaman vokal Hazama untuk lagu yang sama di studio Tunable Record, Kuala Lumpur baru-baru ini, kelihatan penyanyi itu berusaha melakukan rakaman berulang kali untuk memastikan suaranya digabungkan dengan Joey dan Along.

“Rakaman lagu ini jadi rumit sebab ia membabitkan 3 penyanyi pada tiga hari berbeza dengan jarak masa jauh.

“Sistem rakaman juga ada ubah-ubah dan cabaran pada saya untuk samakan ‘level’ mereka. Pendengar tak perasan mereka rakam pada masa berbeza sebaliknya dengar seolah macam ‘live’,” katanya.

ostmawi4

Jelasnya, rakaman lagu di studio lebih jelas dari aspek kualiti lagu tersebut.

“Ketika ‘live’ jika suara penyanyi itu terkucil kadang-kadang orang tak perasan tapi dengar sedap. Di studio ia lebih teliti sehinggakan ketika penyanyi itu tarik nafas bila, lepas nafas, mulut terkumat kamit pun kena jaga.

“Sebab itu rakaman vokal dibuat berulang kali bukan kerana tak sedap tapi mahu lagu itu sempurna,” katanya.

Jika dibuat perbandingan dengan versi lagu asal lagu ini yang disampaikan Mawi bersama Datuk M Nasir, Oja percaya lagu versi baru ini boleh hits kembali.

“Lagu ni dah jadi ‘lejen’ kat mana-mana termasuk kenduri kahwin dan stesen radio masih main. Bila ada versi baru, ia akan dimainkan juga dan peminat akan dengar.

“Mungkin ada orang tak suka, lebih memilih susunan muzik lagu lama tapi ada juga yang suka banyak versi,” katanya.

filemmawi5

Baginya tidak semestinya filem baru juga perlukan OST lagu baru. Selain Lagu Jiwa Lagu Cinta, trio pelakon utama ini juga menyanyikan sebuah lagi lagu OST iaitu Al Nuraa… Yang 5… Yang 6.

“Seperti lagu ini, ia bergantung pada Mawi. Mesti ada cerita di sebaliknya kenapa dia pakai lagu ini.

“Bagi saya. kalau ‘recycle’ lagu berkualiti macam ini tiada masalah sedangkan ‘Mat Salleh’ pun masih main lagu popular sejak zaman 70-an sehingga kini.

“Apapun, lagu ini sendiri sudah lejen dan ada tempat tersendiri,” katanya.

– Kafebuzz.my

Foto: Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino