Last Updated: 15/01/2019 - 11:42 PM

Belajar Filem Tapi Kisah Lebai Malang dan Pak Pandir Pun Tak Tahu!

Siapakah yang bakal mewarisi industri hiburan pada masa datang?

Tidak kira dari pelbagai latar belakang sama ada mereka yang mempunyai banyak pengalaman kerja, bermula kerja dari bawah sebagai kru produksi mahupun menjadi penari dan pelukis, bidang seni sentiasa terbuka pada mereka yang berminat.

Namun, bagaimana pula nasib graduan tempatan khusus dalam bidang seni seperti perfileman?

Berapa ramai yang sanggup berkerja di lokasi penggambaran dari ‘call time’ 7 pagi sampai penggambaran habis 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang!

Jika merujuk pada potensi graduan tempatan, kita mungkin beranggapan mereka sudah bersedia masuk dalam industri.

Tapi lain pula cerita bila pengarah filem, Syed Zul Tojo berkongsi pengalamannya bertemu dengan beberapa pelajar perfileman baru-baru ini.

784A6625-4F94-48EE-8B85-A6255F56A507

Pengarah filem Hijabsta Ballet itu berkongsi cerita tersebut menerusi status di media sosialnya semalam.

Biarpun kisah Lebai Malang dan Pak Pandir mungkin tidak diberi penekanan sepenuhnya di universiti tapi ia adalah kisah rakyat popular yang lazimnya masyarakat Melayu tahu.

Situasi antara pelajar ini memberi bayangan tahap pengetahuan mereka. Apakah mereka kurang berminat baca kisah kesusasteraan Melayu lama atau tidak minat membaca?

Apakah mereka juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berkarya apabila berkerja atau sekadar ‘tangkap muat’ meramaikan bilangan selebriti yang syok sendiri?

Tepuk dada, tanya selera.

– Kafebuzz.my

Foto: rockwellautomation.com

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino