Last Updated: 22/03/2019 - 10:18 AM

FiTA Cipta Sejarah Jalin Kerjasama 102 Syarikat Tempatan

Bayangkan bakal graduan sudah mempunyai pengalaman bekerja dalam industri dan mempunyai potensi besar untuk mendapat kerja di pasaran.

Ia bukan omong kosong sebaliknya menjadi kenyataan apabila Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama 102 syarikat tempatan.

moufita11

Dekan FiTA, Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen menyatakan ia menjadi sejarah pada fakulti itu dan UiTM khususnya dalam membantu graduan meraih pengalaman bekerja dalam industri.

Menariknya, syarikat tempatan yang berminat untuk berkerjasama dalam program 2U1I ini adalah terdiri daripada produser yang aktif menerbitkan filem dan drama menerusi produksi-produksi tempatan.

moufita4

Antara selebriti yang hadir pada acara ini semalam adalah Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki.

Acara ini diadakan sempena program tahunan FiTA iaitu Minggu KaryaOne 21 yang sedang berlangsung ketika ini.

moufita8

Program 2U1I merupakan pengajian selama dua tahun di universiti manakala setahun praktikal di dalam bidang industri.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino