Bukan Saja Berlakon, Trio Hazama, Joey dan Along Cham Berpadu Suara OST Filem Baru Mawi

Banyak filem membuktikan lagu runut bunyi atau OST membantu dari aspek promosi dan membawa tarikan pada penonton tapi bagaimana pun OST untuk Filem Belum Ada Tajuk arahan Mawi?

Tiga pelakon utama dalam filem ini iaitu Hazama, Joey Daud dan Along Cham bukan saja diberi tanggungjawab di set penggambaran tapi mereka juga bergabung menyanyikan semula Lagu Jiwa Lagu Cinta yang pernah dipopularkan Mawi duet bersama Datuk M. Nasir.

filemmawi5

Hazama mengakui ketika rakaman lagu tersebut, dia mahu penyampaiannya menjadi sama rata tanpa melihatnya melebihi dua rakannya itu.

“Rakaman lagu ini dijalankan secara berasingan. Kalau buat rakaman sama-sama, mungkin kami dah berbincang sama sebelum masuk studio.

“Sebaliknya, Joey sudah merakam suaranya sejak 2 hingga 3 bulan lalu. Jadi. dia bagi ‘feel’ lain, saya juga lain.

“Pada mulanya saya rakam seorang diri. Apabila kami sekalikan suara semua, ‘energy’ itu lari sebelum ‘adjust’ dengan Oja yang kawal benda ini sebab saya ikut arahan produser saja¬†akhirnya kami dapat jumpa,” katanya kepada Kafebuzz.my.

filemmawi6

Meskipun kali pertama melakukan rakaman lagu tersebut di studio Tunable Record, Kuala Lumpur baru-baru ini, Hazama sebenarnya sudah biasa menyanyi lagu itu dalam persembahan sebelum ini.

“Sebab itu saya tak pakai lirik sebab dah biasa. Tapi bila dah biasa dengan lagu itu, kita nak bagi ‘style’ tanpa rosakkan ‘originality’ lagu itu.

“Bagi saya nak rakam lagu duet paling susah apatah lagi membabitkan tiga orang sebab saya tidak mahu sesiapa ketinggalan. Semua ada peranan masing-masing.

“Tak nampak saya lebih walaupun ini bidang saya. Kalau boleh matlamat lagu ini dirakam untuk OST filem ini,” katanya.

filemmawi4

Baginya, keseimbangan antara mereka bertiga sangat penting kerana mereka juga penggerak cerita dalam Filem Belum Ada Tajuk ini.

“Lagu ini pula khas untuk cerita ini seperti apa yang kami bincang. Kalau nak bagi sedap, boleh je bagi lain cuma takut tak masuk.

“Setiap filem perlu OST. Saya rasa lagu ini insha Allah boleh membantu sebab itu saya berusaha memberi keseimbangan agar orang nampak dalam nyanyian ada karakter masing-masing dan lagu ini memang kena dengan filem punya mood dan karakter kami,” katanya.

-Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*