Pelakon Pilihan Stesen TV Rupanya Macam ‘Kayu’

Senario pelakon baru disamakan macam kayu bukan isu pelik yang pernah berlaku dalam industri hiburan tempatan.

Dah acapkali sebenarnya pengarah berdepan situasi sebegini tapi apa boleh buat?

Banyak persoalan bermain di fikiran. Siapa yang patut dipersalahkan atau lebih memainkan peranan?

Namun, persoalan utama apakah pengarah mempunyai kuasa untuk mengenepikan pelakon sedemikian jika pelakon itu adalah pilihan stesen TV sendiri?

Dilema itu dikongsi seorang pengarah drama yang bercerita kisah bagaimana dia ‘terpaksa’ melatih pelakon baru yang dilabel macam ‘kayu’ di lokasi penggambaran.

Meskipun, senarai pelakon lain dicadangkan produser ketika menghantar ‘proposal’ drama bersiri atau telefilem pada stesen TV tapi keputusan tetap memihak pada stesen TV.

Segelintir berpandangan pelakon ‘kayu’ perlu diberi peluang dan diasah bakat mereka oleh pengarah.

Apapun pandangan dilontarkan, impak yang paling ketara pada situasi ini adalah faktor kualiti drama kita sendiri yang kelak menggambarkan seperti sampah ditambah pula dialog dan babak yang cukup membosankan.

Jadi, apakah langkah penggiat seni seterusnya?

Kalau terlalu memilih ‘perjuangan’ yang sebenar, apa yang dirisaukan pengarah sendiri tidak boleh cari makan sehingga digam stesen TV.

Apakah masih ada jalan penyelesaian?

– Kafebuzz.my

Foto: nofilmschool.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*