Mawi Belajar Buat Filem Pastikan Tiada Babak ‘Bahaya’

Pertama kali mengarah filem, Mawi turut membuktikan dia begitu fokus dalam penghasilan skrip agar tidak mengundang sensitiviti pada penonton.

Mawi memberitahu status filemnya kini masuk ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) sejak semalam dan dijangka akan mendapat keputusan dalam tempoh seminggu.

“Saya sendiri belajar jika filem ini buat macam ini boleh tak lepas untuk orang tonton secara umum. Adakah sesuatu babak itu tidak sesuai ditonton budak-budak tapi boleh terlepas,” katanya kepada Kafebuzz.my.

Begitu juga Filem Belum Ada Tajuk ini, dia memastikan filemnya tiada babak yang ‘bahaya’ untuk tontonan kanak-kanak.

“Saya buat skrip filem ini daripada budak sampai dewasa boleh tengok,” katanya.

mawi6

Penyampai radio Zayan ini juga mengakui dia memberi tumpuan pada skrip dari peringkat awal untuk memastikan filemnya tidak mencetuskan fitnah mahupun perkauman, sentimen agama dan seks sebagainya

“Memang kadang-kadang orang cakap benda itu realiti macam orang buat cerita dadah tunjuk dadah tapi sebenarnya tidak bagus untuk ditonton budak-budak apatah lagi mereka tidak tahu dadah itu dihisap bagaimana,” katanya.

mawi7

Mawi memberitahu pengarah perlu bijak dalam menggunakan sudut atau ‘angle’ tanpa menunjukkan perbuatan yang sebenar.

“Tunjuk jarum orang dah tahu itu dadah, begitu juga gaya mahupun tempat hisap itu diletakkan di telinga, penonton tahu dia adalah penagih.

“Dari awal lagi, saya jaga filem ini patuh syariah. Panel LPF juga mempunyai garis panduan cuma kadang-kadang penonton mempersoal bagaimana ada filem yang lepas dan tidak.

“Sebaik-baiknya panel LPF ini biarlah seadil-adilnya dalam menjalankan tugas,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*